Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pekerja Dapat Ganjaran Sebanyak RM71,500 Selepas Dipecat Tanpa Sebab Kukuh

Mahkamah mengesahkan bahawa majikan memang membenci pekerja itu.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Perusahaan telah menganugerahkan seorang pekerja pampasan sebanyak RM71,500

Berikutan adalah disebabkan pekerja itua diberhentikan secara tidak adil oleh majikannya di Klang.

Pekerja berkenaan, Janarthen Subramaniam, mendakwa bahawa majikannya, Auto Abundance Sdn Bhd, lebih khusus lagi, pengarah kewangan syarikat, Yim Kai Keong telah menamatkan perkhidmatannya pada Mac 2022 tanpa sebab yang adil.

Dalam dokumen anugerah mahkamah bertarikh 11 Julai, pengerusi mahkamah, Paramalingam Doraisamy berkata, "Ia agak malang bagi Yim untuk memberhentikan pekerjanya dengan memainkan isu perkauman."

Yim mewakili syarikat dalam prosiding tersebut, mendakwa bahawa Janarthen telah melanggar peraturan syarikat dengan tidak menggunakan mesin kad punch, merokok dan minum semasa waktu kerja di premis syarikat. Bukan setakat itu, pekerja tersebut juga mencabar Yim untuk bertumbuk apabila dipersoalkan tentang etika kerjanya.

Janarthen menyertai syarikat tersebut pada tahun 2012 dan berkhidmat sebagai pekerja bahagian pentadbiran sebelum meletak jawatan sebagai penolong kualiti enam tahun kemudian.

Dia menyertai semula syarikat itu pada tahun 2019 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,500 sebelum diberhentikan pada Mac 2022.

Image via AskLegal

Syarikat itu telah cuba mengemukakan bukti foto dan video tentang salah laku yang didakwa dilakukan oleh pekerja, tetapi mahkamah memutuskan bukti tersebut tidak konklusif

"Foto-foto yang menunjukkan beberapa tin bir kosong diletakkan di atas kerusi. Lebih pelik lagi, tiada sesiapa dalam foto-foto tersebut. Foto-foto ini bukanlah bukti konklusif bahawa penuntut yang meminum bir tersebut," kata Paramalingam dalam dokumen pembuktian setebal 25 halaman.

Pengerusi mahkamah juga mengesahkan salah satu video yang diberi hanya menunjukkan penuntut duduk di kawasan luar pekarangan syarikat, merokok dan minum pada hari Sabtu, selepas waktu kerja.

Video yang dihantar untuk membuktikan bahawa Janarthen telah mencabar Yim bertumbuk juga telah disunting, dengan seorang saksi mengakui di mahkamah telah memotong bahagian di mana pekerja tersebut mengatakan dia tidak mahu sebarang konfrontasi dengan Yim lalu berjalan pergi.

Soal tidak menggunakan mesin kad punch pula, Janarthen memberi keterangan bahawa sistem kehadiran tidak dilaksanakan semasa tempoh perkhidmatannya. Kakitangan pengurusan seperti dia tidak diwajibkan untuk menggunakan mesin tersebut jika mengikut polisi syarikat.

"Sistem kad punch hanya diperkenalkan sekitar Julai 2022. Ini juga disokong oleh pengarah syarikat yang lain, Muralidharan Visvanathan Nair," kata mahkamah.

Image via Pngtree

Paramalingam menyifatkan pemberhentian Janarthen sebagai kejadian 'malang', perkara itu terjadi kemungkinan disebabkan wujudnya kekeliruan pentadbiran antara dua pengarah pada ketika itu, Yim dan Muralidharan

"Penuntut secara tidak langsung menjadi mangsa Yim, sedangkan sebenarnya keluhan Yim adalah terhadap Muralidharan. Disebabkan ketidakpuasan hati antara dua pengarah tersebut, penuntut terpaksa menanggung akibatnya," kata pengerusi mahkamah.

Beliau menambah bahawa kebencian Yim jelas terlihat dalam penyerahan bertulisnya kepada mahkamah, di mana dia membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap Janarthen dan Muralidharan.

Dalam dokumen yang dihantar kepada mahkamah, Yim menulis: "Penuntut sengaja tidak mahu menerima arahan daripada syarikat dan tidak menghormati rakan sekerjanya kerana dia mempunyai 'godfather' sama bangsa yang akan mempertahankannya."

Paramalingam berkata, ia jelas bahawa Yim mengeluarkan empat surat pemberhentian kepada Janarthen dalam tempoh satu bulan, tanpa pengetahuan Muralidharan. Ia menunjukkan keputusan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa untuk memberhentikan penuntut. 

Janarthen dianugerahkan RM71,500 yang terdiri daripada gaji tertunggak selama 23 bulan sejak dia diberhentikan dengan pengurangan 20%, serta pampasan gaji dua bulan sebelum dia diberhentikan secara tidak adil.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment