Pelajar Seni Bina UM Raih Biasiswa Antarabangsa, Bakal Buat Penyelidikan Bantuan Bencana
Biasiswa perjalanan berkenaan akan menyokong Afaf untuk mengkaji tiga bandaraya yang terjejas akibat bencana alam iaitu; Lombok, Hokkaido, dan Karachi.
Siti Nurafaf Ismail, seorang pelajar seni bina dari Universiti Malaya (UM), baru sahaja diisytiharkan pemenang RIBA Norman Foster Traveling Scholarship!
Image via SCMP
Kemenangan ini juga menjadikannya wanita Asia pertama untuk memegang gelaran tersebut sejak biasiswa itu ditubuhkan bermula pada tahun 2006.
Bukan sahaja itu, Siti Nurafaf yang lebih mesra disapa Afaf itu telah mengalahkan beribu-ribu pelajar seni bina demi mendapatkan biasiswa bernilai £ 7,000 (RM36,000) dari Institut Diraja British Royal Arkitektur (RIBA) yang berprestij untuk penyelidikannya mengenai bantuan bencana.
Image via SCMP
Kertas cadangannya yang bertajuk ‘Architecture of Humility’ itu menerangkan peranan arkitek dalam seni bina masyarakat di zon bencana alam.
Biasiswa perjalanan berkenaan akan menyokong Afaf untuk mengkaji tiga bandaraya yang terjejas akibat bencana alam iaitu; Lombok, Hokkaido, dan Karachi
Sebelum ini menerusi satu geran yang dianugerahkan oleh Institut Arkitek Malaysia iaitu Anugerah Biasiswa PAM Travel 2018, Afaf telah dibiayai bahagian pertama penyelidikan dia yang membolehkannya pergi ke Lombok, Indonesia, pada Januari tahun ini, ekoran gempa bumi banjir yang berlaku di sana Ogos lepas.
Image via The Rakyat Post
Menurut South China Morning Post, misinya untuk mengkaji semula proses pembangunan komuniti secara langsung dan meneliti bagaimana seorang arkitek sesuai dengan pengalaman itu telah memberi inspirasi kepada Afaf untuk memohon biasiswa RIBA, yang ternyata berkesan sekali gus memberikannya peluang untuk singgah ke bandar-bandar lain yang turut terjejas akibat bencana alam.
Sehubungan dengan kemenangan tersebut, Afaf kini ditaja untuk menghabiskan 60 hari setiap satu di Hokkaido, Jepun, dan Karachi, Pakistan (dari Ogos hingga November tahun ini) dengan NGO yang bekerja untuk membina semula komuniti yang hancur akibat gempa bumi dan banjir.
Dalam rombongannya ke Hokkaido dan Karachi, Afaf akan mengikut jejak langkah serta kerja dua arkitek yang sangat dihormati, Shigeru Ban, dan arkitek wanita Pakistan pertama, Yasmeen Lari
Bukan itu sahaja, Afaf turut akan memerhatikan serta mendokumentasikan kerja-kerja yang dilakukan kedua-dua artikel itu dalam memulih, memperbaiki, dan menaiktaraf kawasan-kawasan yang terjejas disebabkan bencana alam.
Image via The Rakyat Post
Walau bagaimanapun, setiap kawasan itu adalah berbeza-beza. Disebabkan itu, memahami perspektif penduduk kampung adalah langkah pertama.
Menyedari masalah bencana alam berlaku secara semula jadi disebabkan perubahan iklim, Afaf melihat keperluan yang semakin meningkat bagi para arkitek untuk melihatkan diri dalam pengurusan bantuan bencana.
Image via Standard
Oleh yang demikian, dia bercadang untuk mengkhususkan dirinya dalam bidang tersebut sebaik sahaja tamat pembelajaran.
Kami sangat respek dengan kerja-kerja yang dilakukan Afaf dan mengharapkan yang terbaik untuknya! Salute!
Image via Giphy
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment