Pelajar T20 Kecewa, Rakan Sekelas MRSM Tak Tahu Harry Potter & Bertutur Bahasa Inggeris
Difahamkan, sekolah MRSM ditubuhkan adalah untuk menempatkan pelajar cemerlang daripada keluarga golongan B40.
Sejak beberapa hari lalu, netizen di Twitter telah membincangkan kerelevanan sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada tahun 2023
Ramai yang berpendapat bahawa sekolah ini telah melupakan objektif utama mereka, iaitu membantu pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat peluang akademik yang sewajarnya.
Di tengah perbincangan hangat, seorang pengguna Twitter berkongsi kisah bagaimana majikannya berjaya menghantar anak perempuan mereka ke sekolah MRSM yang terletak di Johor.
Menurut mereka, pelajar tersebut adalah daripada keluarga T20 yang berpendapatan tinggi.
Walaupun diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, gadis itu mengadu bahawa dia tidak menikmati masanya di sana.
Lihat ciapan itu di bawah:
Image via Twitter
Pelajar itu memberitahu keluarganya dia kecewa sebab rakan sekelas tak tahu siapa Harry Potter
Selain tidak mengenali watak fiksyen popular Barat, gadis itu turut mengadu rakan sekelasnya tidak boleh berbahasa Inggeris.
Sebagai tindak balas kepada rungutan gadis berkenaan, pengguna Twitter itu memberitahu majikannya bahawa sekolah MRSM adalah untuk pelajar pintar B40, jadi memang sudah dijangka jika mereka tidak mengenali siapa Harry Potter.
"Saya rasa dia terkejut. Jadi, dia cuba merasionalkan bahawa sesetengah sekolah MRSM memerlukan pelajar T20 dan M40 untuk menerima sumbangan yang akan membantu menjaga bilik darjah," tulisnya.
Lihat sambungan ciapan di bawah:
Image via Twitter
Image via Twitter
"Ramai ya rich people there. Kadang-kadang rasa macam hinanya jadi miskin" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka sendiri mengenai isu itu.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 5,923 retweets, 422 quotes tweets dan 9,228 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di Twitter:
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Mungkin sebab dia memang tak minat Harry Potter ke kan?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment