[VIDEO] Cinta Sehidup Semati, Influencer Ini Kongsi Beli Tanah Kubur T20 Curi Perhatian
Wow, mahal tu.
Ajal adalah satu perkara yang bukan semua orang boleh jangka
Ia semua telah ditetapkan oleh Tuhan tanpa mengira waktu dan usia. Sudah tentu, kehilangan orang yang kita sayang pasti perit rasanya.
Tambahan lagi buat suami isteri kerana merekalah yang paling terdekat dengan kita selepas hidup bersama lamanya. Sehinggakan ada yang meminta agar mereka dikuburkan bersebelahan pasangan mereka suatu hari nanti.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang influencer dari Indonesia berkongsi dia membeli tanah kubur buat dirinya dan suami telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Pilih tempat istirehat terakhir bersama suami
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan tersebut sedang berada di sebuah tanah perkuburan di Indonesia.
Difahamkan, mereka datang untuk menempah liang lahad buat mereka berdua bila tiba ajalnya nanti. Apa yang lebih menarik perhatian adalah harga tanah kubur itu sendiri.
Dia memberitahu harga bagi makam suami isteri bermula daripada Rp300 juta iaitu bersamaan RM87,000. Di tempat itu juga pelakon terkenal, Ashraf Sinclair, dimakamkan.
"I can't believe being dead also that expensive" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi dan luahan mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 12.9M views, 861.8K likes dan 5,624 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!