seismik

"Jom Ziarah Gereja" - Individu Ini Dakwa Tak Sesuai Untuk Orang Beragama Islam Masuk

Jom melawat masjid pun ada.

Cover image via Twitter & Kompas

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, kita terkenal dengan pelbagai agama dan budaya yang ada

Itulah yang membuatkan Malaysia negara Asia yang unik di mata dunia. Namun, seperti kita tahu juga agama rasmi di Malaysia adalah Islam.

Jadi, purata penduduk di sini adalah beragama Islam. Tetapi, kita juga masih mempunyai agama lain. Malah, pelancong sendiri pun dapat memasuki rumah-rumah ibadat untuk melihat sendiri dan mempelajari tentangnya.

Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang individu berkongsi tentang poster jom ziarah gereja yang telah menarik perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Image via Twitter

Dakwa tak elok masuk gereja, risau dengan umat Islam

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi gambar poster di Twitternya.

Dia kemudian menegaskan mengapa ia dibuka untuk belia bukan Kristian yang ingin belajar tentang persamaan dan perbezaan agama.

"Siap tulis terbuka untuk belia bukan Kristian. Dan siap cakap lagi nak belajar persamaan dan perbezaan antara agama," tulisnya.

Namun, difahamkan penganjur tersebut juga ada membuat lawatan jom ziarah Masjid dan jom ziarah Gurdwara.

Lihat posting itu di bawah:

"Iman kau lemah sangat ke. Masuk gereja terus tukar Tuhan ke?" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya. Ada juga yang mengecam individu itu kerana bersifat tidak terbuka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 41.6K views, dan 86 quotes tweets di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Perkara ini terpulang kepada individu itu sendiri, kalau nak tengok boleh saja kan? :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: