"Allah Jentik Hati Dia" - Pengantin Lelaki Sebak Saat Isteri Cium Tangan Jadi Perhatian
Momen yang tak akan dilupakan.
Setiap pasangan yang bercinta pastikan mahukan hubungan mereka kekal sehingga alam perkahwinan kan?
Apa lagi jika sudah bertahun-tahun lamanya menyulam cinta pada pasangan. Jadi, hari pernikahan adalah momen yang paling bermakna.
Namun, perkahwinan bukanlah sekadar menyatukan dua hati sahaja, tetapi juga anda sudah mempunyai tanggungjawab yang baru.
Tular sebuah video di TikTok ini apabila pengantin lelaki sebak selepas saja si isteri mencium tangannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tiba-tiba sebak lepas lihat isteri cium tangan
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pasangan tersebut baru saja selesai diijab dan jabul di sebuah tempat.
Seperti kita tahu, kebiasaannya si perempuan akan menyalam tangan si suami untuk pembatalan wuduk. Malah, ia juga merupakan momen bermakna sebagai tanda mereka sudah halal.
Namun, ketika si isteri sedang menyalam tangannya suaminya, lelaki itu tiba-tiba menoleh ke belakang dan mula rasa sebak.
"Mesti dia terharu dapat kahwin dengan perempuan yang dia diimpikan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif dan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 668.8K views, 101.9K likes dan 1,414 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!