seismik

[VIDEO] Tak Tahan Nak 'Membuang', Isteri Kongsi Gelagat Suami Cari Tandas Menghiburkan

Mana boleh tahan oi.

Cover image via @mirabazlaidris (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti kita semua pernah berdepan dengan situasi tidak tahan untuk membuang air kecil atau air besar bukan?

Tambahan lagi, jika masa itu kita di tempat yang ramai orang atau sedang berada di dalam kereta. Memang tak boleh tahan dibuatnya.

Macam-macam perkara yang kita lakukan untuk 'menahannya'. Iyalah situasi seperti ini kadangkala datang tanpa dijangka.

Sama seperti video ini apabila seorag wanita berkongsi gelagat suaminya yang tidak tahan untuk 'membuang' telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Bantai 'marah' semua orang sebab dah tak tahan

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke lokasi yang tidak diketahui.

Namun, perut si suami tiba-tiba memulas membuatkan dia sakit dan perlu segera mencari tandas ketika sedang memandu.

Apa yang lebih menghiburkan si isteri adalah gelagat suaminya yang dilihat bercakap pelbagai perkara dek kerana tidak tahan.

"Jangan dibuat main oo dengan nak terberak. Auto nak marah semua orang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan ramai yang dapat relate dengan situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 669.8K views, 56.5K likes dan 2,952 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang boleh relate, siapa je boleh tahan kan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: