seismik

“Bro U Islam Ke?” - Ditanya Soal Agama, Jawapan Lelaki Muka Gangster Buat Netizen Sebak

Baru tahu kisah dia.

Cover image via @mukagangster (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, kita boleh lihat pelbagai bangsa dan agama yang ada

Ia membuatkan Malaysia sangat unik di mata dunia. Namun, agama Islam masih menjadi agama rasmi kita.

Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang lelaki berkongsi kisah hidupnya apabila ditanya soal agama telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kongsi mak terima dirinya ketika mahu memeluk Islam

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Muka Gangster' berkongsi kisahnya ketika ditanyakan soalan adakah dia orang Islam.

Dia menceritakan dia berasal daripada agama Hindu dan satu hari dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.

Apa yang lebih menarik perhatian lagi adalah ibunya yang masih beragama Hindu tidak kisah tentang agama yang ingin dipeluk anaknya itu. Perkara itu membuatkan ramai sebak mendengar kisahnya.

"Mak abang memang terbaik. The best mom ever" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak dan memberikan pelbagai kata-kata positif buat dirinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.1M views, 628.1K likes dan 60K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sedih pula dengar cerita pasal mak dia tu :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: