[VIDEO] Pelajar Terpaksa Bawa Adik Ke Sekolah, Cikgu Offer Jadi Pengasuh Ini Curi Tumpuan
Baiknya cikgu yang memahami.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari pertama persekolahan sudah tentu macam-macam perangai dan ragam yang ditunjukkan oleh pelajar
Sudah tentu pelajar menjadi semakin teruja apabila dapat pergi ke sekolah dan belajar secara bersemuka berbanding belajar secara dalam talian saja sebelum ini.
Namun, baru-baru ini, tular sebuah video TikTok yang memaparkan seorang pelajar terpaksa membawa adik ke sekolah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpaksa bawa adik ke sekolah sebab tiada orang yang jagakan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang guru sedang merakam dirinya semasa berada di dalam bilik darjah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang daripada pelajarnya terpaksa membawa adik ke sekolah. Cikgu itu bertindak memahami dan menawarkan diri untuk menjaga budak kecil itu.
"Pelajar minta izin bawa adik sebab takda yang jaga kat rumah. Lepas tu dalam kelas, kakak tak dapat fokus. Last-last cikgu ambil mengasuh sambil mengajar. Senyap dan behave je baby ni. Doakan pelajar saya cemerlang SPM", tulisnya.
Image via @shukranalmasyhur (TikTok)
"Semoga kakaknya terus berjaya dunia akhirat dan semoga Allah membalas jasa cikgu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 600K tontonan, 78K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji tindakan cikgu itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @shukranalmasyhur (TikTok)
Image via @shukranalmasyhur (TikTok)
Image via @shukranalmasyhur (TikTok)
Image via @shukranalmasyhur (TikTok)
Terima kasih cikgu sebab memahami dan saling toleransi. Semoga Tuhan membalas kebaikan cikgu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment