Pelanggan Suruh Bagi Anjing Simpan Parcel, Courier Ini Terkejut Lihat Kebijakan Haiwan
Pandai!
Pasti ramai di sini yang mempunyai haiwan peliharaan masing-masing bukan?
Kebanyakannya memelihara kucing, tetapi bagi yang bukan Islam pula mereka ada yang memelihara anjing.
Dengan kecanggihan zaman sekarang semua benda boleh dibeli secara dalam talian, termasuklah makanan haiwan betul tak? Pasti akan ada courier yang hantar saja di depan rumah kita nanti.
Namun, jika kita tiada di rumah mereka pasti akan call terlebih dahulu ataupun meletakkan barang kita di dalam kawasan rumah.
Lain pula dengan video ini apabila seorang pekerja courier terkejut melihat kebijakan haiwan pelanggannya yang menyimpan parcel tuannya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Pesan pada courier beri saja parcel pada anjingnya
Menerusi video tersebut, kelihatan individu itu memberitahu melalui pesanan WhatsApp pada pelanggannya untuk menghantar barang yang dipesan.
Namun, difahamkan pelanggan itu tiada di rumah semasa proses penghantaran. Dia kemudian meminta pekerja courier tersebut untuk memberikan saja pada anjingnya untuk digigit.
Walaupun pada awalnya pekerja tersebut seperti risau, tetapi pelanggan tersebut memberitahu anjingnya itu sudah dilatih untuk menyimpan parcel yang diterima.
Situasi itu membuatkan pekerja tersebut terkejut melihat kebijakan haiwan tersebut yang terus menyimpannya di dalam sangkar.
Image via Twitter
"Anjing pun boleh ada function" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 349.4K views, 3,013 retweets dan 4,602 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via Twitter
Image via Twitter
Bijak bijak. Bagus tuan dia dah latih awal-awal :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment