Pelik Anak-Anak Senyap Dekat Rumah, Isteri Terkejut Tengok Suami Pakai Pakaian Wanita
Effort suami dia jaga anak tu patut dipuji okay!
Zaman sekarang kebanyakan para isteri yang menjaga anak-anak, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar suri rumah
Tugas menjaga anak penat sebenarnya, tetapi melayan kerenah mereka juga dapat menghiburkan hari-hari kita.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki gigih memakai baju isterinya semasa menjaga anak di rumah telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri pelik rumah tiba-tiba sunyi, sekali buka pintu tengok suami dah macam perempuan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aiyjufamily, kelihatan wanita itu baru saja tiba di rumahnya sambil merakam suasana dari luar yang sunyi.
Dia mula berasa pelik kerana rumahnya yang selalu bising dengan suara anak-anak tiba-tiba saja senyap.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia membuka pintu rumahnya, dia mendapati si suami sedang mendukung anak mereka sambil memakai bajunya persis seperti mak-mak.
Apabila suaminya perasan si isteri sedang merakam video, dia cepat-cepat membuka tuala di kepalanya dan berlari ke arah bilik bersama anak-anak mereka sambil ketawa menahan malu.
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Image via @aiyjufamily (TikTok)
"Haha kantoi sudah. Patut la baju bini selalu hilang. Very in character dia menyamar haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 967.9K tontonan, 66.9K tanda suka serta 2.3K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suaminya yang sanggup memakai baju isteri sebab nak jaga anak-anak.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Image via @aiyjufamily (TikTok)
Lawaklah, apa-apa pun salute dekat suami dia sebab pandai jaga anak :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment