Pemenang Pingat Emas Olimpik 2024 Tidur Di Taman, Dakwa Tak Tahan Dengan Keadaan Bilik
Gambarnya yang tidur di atas rumput jadi tular di media sosial.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemenang pingat emas Olimpik 2024, Thomas Ceccon dari Itati tular di media sosial selepas dia dilihat terpaksa tidur di sebuah taman
Gambar itu mula tular selepas atlet pendayung daripada Arab Saudi, Husein Alireza, berkongsi gambar Ceccon tidur nyenyak di atas tuala putih di bawah pokok yang berdekatan dengan dalam Perkampungan Olimpik.
Menurut sumber, perenang Itali yang memenangi emas dalam acara 100 meter kuak lentang, sebelum ini sudah mengadu secara terbuka mengenai penginapan di Perkampungan Olimpik.
Image via New York Post
"Tiada pendingin hawa di perkampungan sukan, ia panas, dan makanannya tidak sedap. Ia realiti yang tidak semua orang tahu.
"Di rumah, saya selalu tidur di waktu tengahari, di sini amat sukar kerana keadaan panas dan bising," kata Ceccon.
Ceccon sebelum ini pernah tular kerana kekacakannya, namun dia sekali lagi menarik perhatian peminat apabila gambarnya tidur di atas rumput tular di media sosial.
Dalam pada itu, Matilda Kearns, pasukan polo air dari Australia turut mengkritik tilam yang dibuat daripada kadbod di perkampungan tersebut.
Image via Today
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment