[VIDEO] Netizen Terkejut Pemilik Nissan GTR Ini Hanya Bekerja Sebagai Pemandu Bila Ditanya
Biar betul?
Bukan semua orang mampu untuk membeli kereta mewah betul tak?
Perlu kerja bertahun-tahun dan menyimpan wang untuk beli kereta idaman. Banyak cabaran yang perlu dilalui semasa menyimpan duit tabung itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang memiliki Nissan GTR ditanya apa pekerjaannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bekerja sebagai pemandu Lalamove untuk menyara hidup
Menerusi video berkenaan, kelihatan pemilik kereta mewah itu ditemu bual oleh seorang lelaki di Singapura.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menjawab dia hanya bekerja sebagai pemandu Lalamove dan menyimpan duitnya untuk membeli kereta mewah.
Bila ditanya apa nasihat kewangan yang boleh dia kongsikan, dia menjawab jangan belanjakan wang dan berikan duit kepada ibu bapa.
Image via @koocester (TikTok)
"Mungkin dia ada banyak lori masuk Lalamove dan upah driver, job luar Lalamove pun dia ambil kot, mungkin la" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 650K tontonan, 42K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @koocester (TikTok)
Image via @koocester (TikTok)
Image via @koocester (TikTok)
Possible je guys, respect the hustle! Ingat nasihat kewangan dia tu :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment