seismik

"Just Let Me Go" - Enggan Bercerai, Puteri Sarah Mengaku Pernah Dipukul Syamsul Yusof

Syamsul Yusof enggan melepaskan isteri pertamanya.

Cover image via Kosmo Digital

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih hangat diperkatakan disebabkan 'orang ketiga'

Hari ini, Syamsul dan Sarah telah tiba di pekarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk kes lanjutan mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul kerana tidak dapat hidup sebagai suami isteri lagi. Sudah tiada persefahaman yang berlaku antara mereka. Selain itu, Puteri Sarah juga tertekan dengan gangguan pihak ketiga dan hubungan sulit suami.

Namun pada hari ini, Syamsul Yusof dikatakan enggan bercerai dengan isteri pertamanya. Pihak Syamsul berkata masih ada sinar untuk pasangan ini.

"Masih ada sinar untuk pasangan ini. Pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini,” kata wakil pihak Syamsul. 

Dalam pada itu, Puteri Sarah mendedahkan pernah dipukul suaminya tiga tahun dahulu

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dilihat mengunci mulut berhubung tentang dakwaan terbaharu Puteri Sarah itu. Dia hanya menggelengkan kepala ketika ditanya kumpulan media yang menunggunya di luar kamar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

"Masa itu tak buat sebab sayang, Sarah tak nak buka aib", kata Puteri Sarah kepada pihak media apabila ditanya mengapa tak laporkan kejadian ketika itu.

Difahamkan, Puteri Sarah diselamatkan oleh ibu dan bapa mertuanya ketika kejadian itu berlaku.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: