seismik

Dah Terbiasa Tidur Dengan Bantal Busuk, Wanita Ini Sampai Naik Demam Kalau Kena Basuh

Siapa yang ada bantal busuk mesti boleh relate!

Cover image via @sur_bcl12 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, budak kecil mesti ada bantal busuk untuk mereka pegang semasa tidur bukan?

Bantal itu sudah menjadi seperti peneman untuk menyenangkan mereka tidur. Namun, perkara ini dijadikan tabiat sehingga umur remaja dan dewasa. Ada yang tidak dapat meninggalkan tabiat memeluk bantal busuk semasa tidur. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang wanita tidur dengan bantal busuknya yang lusuh telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Dah lusuh dan terburai, tapi masih sayang bantal busuk

Menerusi video berkenaan, kelihatan gelagat seorang wanita dirakam oleh rakannya kemudian dimuat naik di TikTok. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu dilihat baring sambil meletakkan bantal busuknya di bahagian leher. Bantal busuk yang diperbuat daripada patung teddy bear itu kelihatan sudah lusuh dan agak terburai. 

Wanita itu juga tidur bersama bantal itu. Dipercayai, dia akan demam jika bantal busuknya perlu dibasuh. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@sur_bcl12

Membalas @Ristata tapi memang iya dulu pernah di cuci adik ku sakit,sejak itu sudah ga di cuci cmn di jemur,tp kl ketauan dijemur marah2 dia#tiktok #fyp #random

Backsound Lucu - Faid rafanda

"Even tidur kat rumah cousin tetap bawa, kalau tak ada memang tak boleh berdengkur" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 11M tontonan, 548K tanda suka dan 15K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang ada orang yang macam ni kan, sebab dah biasa dari kecil :’)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: