Ramai Nak Tolong Mak Cik Jual Makanan Dekat Airport, Tapi Lain Pula Plot Twistnya
Hm, nak tolong ke tak ni?
Sering kita lihat ada yang menjual makanan di tepi jalan atau di depan bank bukan?
Demi mencari rezeki, mereka sanggup untuk berjualan di depan orang lalu lalang supaya perniagaan mereka laku.
Baru-baru ini, tular sebuah gambar mak cik menjual makanan di lapangan terbang KLIA telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting penuh itu di sini:
Ramai yang ingin bantu mak cik ini jual makanan
Menerusi posting itu, kelihatan seorang mak cik berjualan nasi dalam bekas sambil menarik trolinya.
Dia dilihat menghampiri orang ramai untuk bertanya adakah mereka ingin membeli nasi daripadanya. Ramai yang dilihat membantu mak cik itu dengan membeli nasi minyak dan ayam masak merah.
Individu ini juga menyarankan ramai untuk membantu mak cik berkenaan jika ternampaknya di mana-mana. Perkara itu disebabkan mak cik ini memerlukan kos rawatan kansernya.
Namun, ada pihak lain pula mengatakan mak cik ini akan membuat muka tidak puas hati jika ada yang tidak membeli makanannya. Selain itu, ada juga pihak lain yang mengatakan nasi yang dijual basi.
"Dia dah sampai iOi City Mall dah, jauh dia meniaga. Memang buat muka kalau kita tolak" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 2.5M views, 13K retweets, 600 quote tweets dan 15K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!