seismik

Diperlekeh Sebab Title 'Janda', Amelia Henderson Kongsi Perasaan Sebenar Tentang Gelaran

"Saya benci perkataan tu" - Amelia.

Cover image via @ameliath (Instagram) & Iluminasi

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Amelia Henderson merupakan salah seorang pelakon terkenal di Malaysia

Bukan saja pandai berlakon, dia juga seorang host, model, producer yang berpengalaman. Artis darah kacukan itu memang berbakat dan diminati ramai. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting yang memaparkan seorang netizen memperlekehkan status Amelia telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting itu di bawah: 

Memiliki IQ dari Mensa International selain pandai berlakon dan berbakat

Seorang netizen dilihat memuat naik ciapan yang mengatakan Amelia Henderson merupakan salah seorang ahli Mensa International yang mempunyai IQ 180.

Netizen itu turut menyatakan Amelia seorang yang cantik, berbakat, pandai membuat lawak dan genius. Namun, salah seorang netizen di Twitter membalas ciapan tersebut dengan ayat 'dan seorang janda' itu telah menarik perhatian ramai.

Amelia sempat membalas ciapan itu mengatakan bahawa kalau dengan status pernah berkahwin menjadi masalah utamanya, dia ok saja.

Amelia juga mengatakan yang dia sebenarnya tidak suka dan benci dengan perkataan itu kerana masih banyak lagi perkara dan pencapaiannya lain yang boleh describe Amelia. 

Banyak lagi perkataan lain yang boleh describe orang, tak semestinya seseorang itu janda, terus downgrade dan tak nampak achievement yang lain. You go girl! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: