Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Peminta Sedekah Kantoi Bawa Kereta Honda, Tapi Dakwa Konon Kawan Punya Kereta

Amboi kereta dia.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dilihat hari ini, ada sahaja peminta sedekah yang meminta sumbangan dan derma daripada orang ramai di tempat-tempat awam

Antara yang paling ketara adalah mereka sering datang ke kedai makan dan meminta sedekah dari meja ke meja.

Disebabkan kasihan, ramai juga yang memberikan sumbangan kepada mereka ini. Namun, banyak juga kes kita dengar di media sosial yang kutipan mereka ini banyak sehingga boleh membeli kereta.

Begitulah yang dilihat oleh seorang individu selepas dia terkejut melihat kereta yang dipakai oleh seorang peminta sedekah.

Image via X

Ikut dari belakang, tak sangka pakai kereta Honda

Menerusi video tersebut, difahamkan individu tersebut berasa was-was dengan peminta sedekah yang ditemuinya.

Dia kemudian mengekori peminta sedekah itu sehinggalah sampai ke kereta. Apa yang membuatkan dia terkejut adalah peminta sedekah itu menaiki Honda jenis CR-V yang harganya bermula dari RM 159,900.00.

Namun, dia mendakwa bahawa kereta itu adalah milik kawannya dan hanya meminjam saja.

"Malaysia sampai bila diperbodohkan, minta sedekah pun pakai Honda CR-V," tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

Dahsyat ya kereta dia, bukan biasa-biasa :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment