Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pemuda Rakam Situasi Hiking Di Rawang Bypass, Komen Warganet Pula Bikin Ramai Terhibur

Jenuhlah hiking pun kena beratur.

Cover image via @badbutterflyyy (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti hiking, pasti banyak bukit atau gunung yang menjadi senarai dalam bucket list untuk diterokai

Seronok sebenarnya kalau dapat geng sekepala yang minat hiking ini. Iyalah, kadangkala pasti kita akan 'pancit' bila sudah lama mendaki bukit. Tetapi, dengan adanya kawan-kawan yang supportive, secara automatik kita pun akan bersemangat untuk meneruskan perjalanan hingga habis.

Namun, lain pula dengan video yang dikongsi oleh seorang pemuda ini apabila dia merakam situasi semasa hiking di Rawang Bypass telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pergi tempat tengah viral, tak pasal-pasal kena beratur masa hiking

Menerusi video yang dimuat naik oleh @badbutterflyyy, kelihatan pemuda itu sedang berada di Rawang Bypass, iaitu tempat yang kini sedang tular dalam kalangan hikers di Malaysia.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka tidak dapat meneruskan aktiviti hiking kerana ramai beratur di laluan tersebut.

Ramai hikers dilihat terpaksa beratur panjang untuk mendaki hingga ke puncak. "Benda viral kita enjoy jelah," katanya.

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

"Nak healing kena beratur. Sampai puncak silap-silap dah move on. Boleh la ni aku jual kopi kat atas ni" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.9M views, 104.5K likes dan 4.3K shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi tersebut. Malah, ramai yang sempat berseloroh ingin buka kedai air kerana kononnya akan laku bila ramai orang.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

Image via @badbutterflyyy (TikTok)

Alamak, tak syoklah kalau kena beratur panjang macam ni. Potong mood! :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment