seismik

Cuba Tiru Watak Kahar Dalam Projek High Council, Parodi Pemuda Ini Buat Warganet Berdekah

"Kahar yang ni kena repair sikit" - Warganet.

Cover image via @hfzhslm (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, drama terbaru Projek High Council telah menjadi fenomena dalam kalangan warganet terutamanya di laman sosial TikTok

Drama siri karya Anwari Ashraf itu diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi dalam Malaysia. Ia menjadi tarikan ramai apabila digemparkan dengan isu kumpulan gangster High Council di sebuah sekolah berasrama penuh.

Antara watak utama yang menaikkan drama siri itu adalah Kahar yang merupakan ketua kumpulan High Council. Sejak drama itu ditayangkan, ramai sudah mula membuat parodi ingin menjadi seperti Kahar.

Salah satu parodi yang berjaya mencuri tumpuan ramai adalah video yang tular ini memaparkan seorang pemuda melakonkan babak popular dalam episod satu drama itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Try hard nak jadi Kahar, sekali ramai salah anggap ingat tak normal

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hfzhslm, kelihatan pemuda itu melakonkan babak di mana Kahar memperkenalkan dirinya di hadapan pelajar tingkatan empat di Kudrat.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila lakonan pemuda tersebut dilihat terlalu menjiwai watak sambil menjelirkan lidahnya beberapa kali seperti apa yang Kahar lakukan.

Lebih menghiburkan, ada warganet yang tersalah anggap ingatkan pemuda itu OKU. Malah, ramai yang berseloroh mengatakan dia bukan Kahar tetapi Kazar. Di akhir video, dia juga tidak dapat menahan ketawanya.

"Anak syurga ke ni, mulut tu penting hahaha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.5M tontonan, 140.4K tanda suka serta 2.4K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat parodi pemuda tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Teruk sangat nampaknya tu bang, risau herot betul-betul je mulut tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: