seismik

[VIDEO] Lelaki Buat Parodi Mas Idayu Marah Naim Daniel & Sissy Iman Ini Cuit Hati Ramai

Dia ni tak pernah tak lawak tau!

Cover image via @diva.h.a (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Famili Duo merupakan program realiti nyanyian dalam menyaksikan pasangan selebriti popular mempunyai pertalian darah berentap untuk merebut hadiah mingguan yang berjumlah RM 10,000 setiap minggu

Image via TV3 Malaysia

Program tersebut dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee serta dibarisi juri profesional iaitu Ajai dan Mas Idayu.

Setiap minggu, kesemua pasangan artis berentap dan bersaing sengit dengan menampilkan pelbagai persembahan menarik serta nyanyian yang mantap.

Namun, baru-baru ini satu insiden telah berlaku apabila Mas Idayu telah memarahi Naim Daniel dan Sissy Iman selepas tidak berpuas hati dengan persembahan mereka berdua.

Lihat video itu di bawah:

@aswadcici

mami mas idayu marah naim daniel dan sissy iman di famili duo tv3 #familiduo #familiduotv3

original sound - aswadcici - aswadcici

Lepas dah viral satu Malaysia, tular pula sebuah rakaman parodi seorang TikToker berlakon situasi sama

Ternyata, video tersebut telah menjadi fenomena buat satu Malaysia dan ramai telah mengecam tindakan Mas Idayu itu.

Namun, sebuah lagi video memaparkan seorang lelaki melakonkan parodi rancangan berkenaan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Parodi tak pernah mengecewakan, part tiru Sissy Iman menangis paling buat ramai terhibur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @diva.h.a, kelihatan lelaki itu berlakon menjadi Mas Idayu, Naim Daniel dan Sissy Iman dengan penampilan pemakaian yang berbeza.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila lakonannya menjadi dengan lip sync yang lancar membuatkan ramai berdekah. 

Lebih menghiburkan, babak di mana Sissy Iman menangis juga dilakonkan oleh lelaki itu dengan penuh penghayatan.

"Lepas tengok persembahan mereka saya rasa setuju dengan mummy" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 1.8M views, 93.7K likes dan 4.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat parodi lelaki itu yang tak pernah tak lawak.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun terhibur juga ni sampai tengok banyak kali. Menjadi betul parodi kau bang! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: