Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Penari Tarian Singa Jatuh Ke Dalam 'Sinkhole' Ketika Persembahan Tahun Baru Cina Di Sabah

Kaki lima kedai lokasi kejadian secara tiba-tiba runtuh semasa persembahan tarian singa berlangsung.

Cover image via Berita Harian YouTube

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekumpulan belia jatuh ke dalam lubang besar apabila lantai tempat mereka membuat persembahan tarian singa tiba-tiba runtuh di Tamparuli, Sabah

Menerusi laporan Berita Harian, tiga orang pembawa tarian singa yang terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan berjaya diselamatkan.

Penduduk setempat, Rayner Ebi berkata insiden yang berlaku di Jalan Bunga mengejutkan orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan berkenaan.

"Mujur tiada di kalangan pembawa tarian singa itu mengalami kecederaan dan berjaya dikeluar oleh beberapa mereka rakan sepasukan daripada lubang parit yang terbentuk.

"Kejadian itu adalah peringatan jelas mengenai pentingnya penyelenggaraan kemudahan asas di kawasan pekan dilakukan segera oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

Image via Berita Harian

Saksi yang juga merupakan seorang pegawai pusat khidmat ahli parlimen Tuaran menyeru untuk tindakan segera dilakukan bagi memastikan keselamatan penduduk

Rayner memberitahu dia bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat mesej berkenaan insiden yang berlaku.

"Masalah lantai kaki lima kedai bermasalah itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tuaran untuk tindakan keselamatan sebelum kejadian.

"Bagaimanapun, malang tidak berbau, kejadian lantai kaki lima kedai runtuh berlaku ketika pertunjukan tarian singa sedang berlangsung di lokasi itu,"
katanya.

Tambahnya, penduduk yang sering melalui kawasan terbabit perlulah berhati-hati di samping meminta pihak berkuasa tempatan melakukan tindakan segera berkaitan hal ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment