"Pengajaran" - Terlupa Jari Dicelup Dakwat Mengundi, Hidung Lelaki Ini Habis Bertompok
Alamak bang.
Pilihan Raya Umum Ke-15 baru saja diadakan beberapa hari lepas
Ramai yang turun mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Ia adalah satu berita yang sangat baik.
Seperti yang semua tahu, ketika proses pengundian kita akan disuruh untuk mencelup jari di dalam botol dakwat bagi menandakan kita sudah pun mengundi. Dakwat itu akan mengambil masa sedikit untuk hilang.
Namun, lain pula yang terjadi dengan lelaki ini apabila dia secara tidak sengaja menggaru hidung selepas mencelup dakwat telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bantai 'korek' hidung lepas mengundi
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi detik lucunya ketika dia pergi ke sebuah pusat mengundi.
Dia secara tidak sengaja 'terkorek' hidung selepas mencelup dakwat. Mungkin kerana terlalu gatal dan terlupa yang jarinya itu berdakwat.
Ia menyebabkan, sebahagian hidungnya bertompok dek kerana terkena dakwat tersebut. Dia kemudian berkongsi update tentangnya dan menunjukkan ia akhirnya hilang dalam masa 24 jam.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kalau jiran tanya cakap tanda lahir baru muncul bang" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan komen mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 806.2K views, 1,037 likes dan 31.9K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fwz.xydy (TikTok)
Image via @fwz.xydy (TikTok)
Image via @fwz.xydy (TikTok)
Image via @fwz.xydy (TikTok)
Image via @fwz.xydy (TikTok)
Nasib baiklah ada cara nak hilangkan tu, kalau tak malu oi :P
Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment