#PRU15: Gara-Gara Tiket Bas Habis, Pelajar OKU Ini Sanggup Nak Jalan Kaki Balik Mengundi
Harap ada yang membantu.
Seperti semua tahu, Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan tidak lama lagi
Ramai yang sudah pulang ke kampung masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Ia adalah sifat yang sangat bagus. Pengangkutan awam juga dipenuhi dengan orang yang pulang untuk balik mengundi.
Namun, baru-baru ini tular apabila seorang pelajar Kolej Komuniti tidak mahu melepaskan peluang pertamanya untuk mengundi pada PRU-15 dengan berjalan kaki telah mendapat perhatian ramai.
Tekad nak jalan kaki ke Kelantan sebab tiket habis
Menerusi sumber, pelajar yang bernama Muhammad Haikal Noor Azmin, 18, mengambil keputusan itu selepas semua tiket bas habis dijual berikutan orang ramai pulang mengundi pada Sabtu ini.
Walau bagaimanapun, semasa dia sedang dalam perjalanan sambil memikul beg pakaian, dia ditemui oleh pensyarahnya. Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Rabu malam kira-kira 7 petang di sekitar Jalan Bertam Indah 2.
Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Jasni Mohd Yusof berkata, pelajar berkenaan adalah orang kurang upaya (OKU) yang kurang sempurna dari segi pergerakan dan pertuturan.
"Walaupun begitu, dia semangat untuk menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi pada PRU-15 hingga sanggup berjalan kaki"
"Ketika ditemui pelajar itu nampak keletihan. Pihak kolej mengambil inisiatif menghantar pelajar pulang ke kampung halamannya. Ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar itu terjamin," katanya.
Sementara itu, pelajar berkenaan terharu dengan bantuan yang dihulurkan pihak pengurusan kolej bagi memastikan dia dapat pulang mengundi.
Bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarganya, apatah lagi dia adalah anak sulung daripada lima beradik yang kematian bapa sejak berusia 11 tahun.
Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!