Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pengantin Ini Dakwa Ada Orang Hantar Santau - "Ada Pelesit Dekat Pelamin & Makanan Basi"

Allahu, kesiannya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan setiap orang berbeza-beza impiannya

Sudah pasti, ada yang mengidamkan dream weddingnya menjadi kenyataan. Namun, apa yang lebih penting adalah majlis perkahwinan berjalan dengan lancar.

Baru-baru ini, tular di platform X, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pelik yang dialaminya sepanjang mengadakan majlis perkahwinannya.

Menurut wanita yang dikenali sebagai @izz_shaaaaa, antara peristiwa pelik yang dialaminya ialah makanan yang dihidang untuk tetamu secara tiba-tiba menjadi basi.

Bukan itu sahaja, pelamin perkahwinannya juga didatangi makhluk dipercayai pelesit sehari sebelum majlis pernikahannya.

"Masa malam nikah aku, ada pelesit dekat pelamin aku. Tiba tiba gerimis sekejap. Lepas itu banyak lagi kejadian pelik masa malam nikah.

"Esok itu bersanding, makanan jadi basi dan orang kampung ramai tak datang sangat sebab diorang kata mak ayah aku tak jemput padahal mak ayah aku pergi ajak diorang.

"Pagi sanding tu aku gaduh besar dengan mak aku depan orang ramai. Kau rasa?" tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Darulkahfi

Individu yang menghantar santau itu juga dikatakan dalam kalangan orang yang terdekat

Tambahnya lagi, kenalan jauh kepada suaminya mendakwa kejadian yang berlaku itu disebabkan oleh santau yang dihantar dalam kalangan orang yang terdekat.

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar santau itu juga dikatakan hadir sewaktu majlis penikahannya.

"Kenalan suami dari jauh kata malam saya nikah tu ada orang hantar santau, dan katanya orang terdekat. Dia nak buat keluarga saya malu. Sebab itu makanan jadi basi.

"Dan orang itu ada masa saya sanding dan nikah, sedih gila,"
tulisnya lagi.

Di akhir ciapannya itu, wanita tersebut turut memaklumkan dirinya dan keluarga mengalami gejala cirit birit dipercayai disebabkan oleh perbuatan ilmu hitam tersebut serta dia juga bergaduh teruk dengan ibunya.

Lihat posting itu di bawah:

Semoga kita semua dijauhkan oleh individu yang mempunyai sifat dengki dalam diri :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment