seismik

Kisah Seram Kebaya Merah Di Cameron Highlands Ini Buat Ramai Meremang Bulu Roma

Seram betul ya.

Cover image via Astro Gempak & Xtra

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah banyak kali kita dengar kisah seram penampakkan mistik yang sering menganggu tatkala malam menjelma

Wajah makhluk halus ini diibaratkan hodoh dan menyeramkan. Nak tengok pun korang mesti tak sanggup bukan?

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah kisah seram yang diceritakan oleh seorang individu ketika dia dan rakan-rakannya yang khabarnya menginap di sebuah tempat di Cameron Highlands.

Suasana di tempat parking agak sunyi dan kemudahan lift jauh

Kisah bermula apabila mereka berlima bercadang untuk pergi bercuti ke Cameron Highlands dan disebabkan mereka ramai, jadi mereka menempah sebuah tempat penginapan yang dapat memuatkan mereka lima orang.

Apabila telah sampai mereka pun parking kereta di basement tetapi suasana di tempat tersebut sudah kelihatan seram kerana sunyi dan lift juga jauh dari tempat mereka parking kereta.

"Tiada seorang pun warga Malaysia dan kebanyakannya warga asing yang bekerja di sekitar Cameron Highlands. Kami pun check in, mandi dan solat." ceritanya.

Tiba-tiba, salah seorang dari kalangan mereka membuka mulut bahawa ketika dia sedang solat tadi rasa seperti ada makmum yang mengikutinya di belakang tetapi dia tidak menghiraukannya kerana keletihan memandu.

Setelah semua orang dah siap, selepas maghrib mereka terus keluar untuk mencari makanan dan pulang jam 9:30 malam.

Detik-detik diganggu bermula apabila masing-masing mula masuk ke bilik

"Lepas semua dah masuk bilik, i dengan kawan seorang lagi still dekat ruang tamu sebab nak charge telefon dan tiba-tiba kawan i yang sepatutnya dah tidur keluar melulu like lari dari something.

"Kami tanya kenapa? Dia tanya kawan yang stay dengan i dekat ruang tamu tu yang dia bukan ke dalam bilik tadi?

"Kawan i jawab mana ada dan dia tegaskan memang dia duduk dekat luar, tak masuk lagi dalam bilik," ceritanya lagi.

Kawannya itu terus terdiam lalu duduk dan cakap berbisik serta berkata "Tadi aku baring atas katil, kau duduk kat tepi katil, aku cakap la dekat kau nak tidur nanti tutup lampu lepastu dia jawab 'hmmm' tapi perlahan saja, bila aku toleh kau dah tak ada."

"Kawan i sampai shaking, tengok jam pun dah masuk pukul 1 pagi. Semua decide masuk tidur di dalam bilik masing-masing tapi i tak mengantuk lagi jadi i main telefon sampai pukul 3 pagi dan tiba-tiba i rasa seperti ada orang tiup di tepi telinga i," 
katanya.


Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Gempak

Makhluk tersebut berjalan di tepi katil dan tarik selimut

Apa yang lebih menakutkan apabila individu tersebut cuba untuk memejamkan matanya tetapi makhluk tersebut berjalan di tepi katil dan menarik selimutnya perlahan-lahan.

Dia mula membaca ayatul kursi tanpa berhenti walau sesaat tetapi makhluk tersebut tidak berhenti mengganggunya dan tiba-tiba dia rasa seperti ada kuku tajam sedang memegang kakinya. 

30 minit pun berlalu dan pemuda itu membuka matanya, alangkah terkejutnya dia apabila dia nampak sosok tubuh seorang perempuan yang berbusana kebaya merah dengan rambutnya yang diikat sanggul dan mukanya sebelah ditutup.

"Wallahi, i pejam mata sampai keluar air mata sebab terlampau takut. Sepanjang malam itu i rasa i memang tak tidur langsung sampai subuh, itu pun kawan i ketuk pintu bilik untuk solat.

"I keluar bilik terus on semua lampu dalam rumah tersebut, mandi pun buka pintu. Masa semua tengah bersiap tiba-tiba water heater menyala dengan sendirinya tetapi tiada siapa pun dekat dapur ketika itu dan suis pon tak on," ceritanya.

Semua orang diganggu ketika berada di dalam bilik

Kawannya juga turut bercerita bahawa mereka juga diganggu semalam.

Ketika kawannya itu sedang baring atas katil, makhluk tersebut mencabut stoking yang menyusunnya di tepi katil.

"Kawan i lagi seorang cakap masa tidur ada orang main langsir, dah la bilik tiada kipas. Memang sunyi," ceritanya lagi.

Lihat posting itu di bawah:

Masalahnya, baru dengar cerita pun dah seram.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: