Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pengantin Wanita Minta Izin Ayah Sakit Strok Jadi Wali Akad Nikah Buat Ramai Sebak

Sedih pula tengok.

Cover image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkahwinan merupakan impian bagi semua pasangan dan berharap supaya ia menjadi realiti

Lagi indah sebuah perkahwinan apabila ibu bapa turut bersama meraikan dan menemani anak mereka. Segala momen-momen manis dapat dikenang bersama.

Begitupun baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang pengantin perempuan meminta ayahnya menjadi wali telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Pergi jumpa ayah yang sakit strok untuk minta izin jadi wali

Menerusi video yang dimuat naik oleh @erwinsiddhartha di TikTok, kelihatan seorang pengantin wanita sedang menulis sesuatu di majlis perkahwinannya yang dipercayai berlaku di Indonesia.

Namun, terdapat sedikit masalah apabila Kantor Urusan Agama (KUA) perlu menuju ke tempat ayahnya untuk mendapatkan tauqil wali akad nikah berserta saksi. Tauqil wali bermaksud perkara yang dilakukan apabila seorang wali nasab bagi calon pengantin tidak dapat hadir di saat akad nikah. 

Dalam video itu, mereka dilihat bersama-sama menuju ke bilik di rumahnya untuk bertemu ayah calon pengantin wanita itu bagi mendapatkan keizinan. Difahamkan, ayahnya menghidapi penyakit strok pada tahun 2014 lalu menyebabkan dia tidak dapat bangun. 

Apabila sampai, kelihatan seorang lelaki menunjukkan dokumen-dokumen dan menyatakan tujuannya bertandang ke rumah tersebut. Situasi itu menyebabkan ayahnya menangis sehingga ahli keluarganya yang lain terpaksa menerangkan maksud tujuan mereka. 

Kemudian, pengantin wanita juga berada di situ untuk mengangkat ayahnya untuk duduk di kerusi namun ayahnya tidak berhenti menangis selepas mendengar anaknya bakal berkahwin.

Di akhir video berkenaan dipaparkan pengantin wanita itu bersalam untuk memohon restu daripada ayahnya yang masih menangis terharu. Kejadian itu menyebabkan mereka yang terdapat dalam bilik tersebut tidak dapat menahan tangisan melihat hubungan anak dan ayah ini. Dapat juga dilihat pengantin lelaki turut bersalam dengan ayahnya. 

Akhirnya, mereka pun meneruskan majlis akad nikah itu dan turut menangkap gambar bersama-sama ayah pengantin.

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

"Tak sengaja air mata mengalir, rindu bapa ibu, al-fatihah pak bu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 3.9M views, 362.6K likes dan 5,419 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat majlis perkahwinan ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Image via @erwinsiddhartha (TikTok)

Admin ikut menangis tengok. Apa-apa pun, semoga dipermudah segala urusan dan bahagia sehingga ke jannah kak :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment