"Pengiringku Si Predator" - Pengantin Pilih Tema Lain Daripada Lain Ini Jadi Bualan Ramai
Uish, lain macam.
Semua orang impikan tema majlis perkahwinan yang indah dan boleh dijadikan sebagai kenangan bukan?
Kenangan itu untuk bukan sahaja untuk pengantin, malah boleh dijadikan kenangan buat para tetamu juga.
Sama seperti pasangan mempelai baru-baru ini, impian mereka untuk membawa Predator sebagai pengiring majlis perkahwinan telah tercapai. Namun, tema pelik itu pula menjadi topik perbualan warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan yang di depan tu pengantin, rupa-rupanya si Predator
Menerusi video yang dimuat naik oleh @juliaadieq80 di laman sosial TikToknya, kelihatan dia menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang unik.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila pengiring pasangan mempelai itu memakai kostum Predator. Namun, kostum yang dipakai mereka itu nampak menakutkan.
Difahamkan pasangan itu merupakan peminat filem Predator dan ingin menjadikan majlis mereka lain daripada yang lain.
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
"Jangan cakap budak, saya pun boleh nangis kalau tiba-tiba muncul depan mata" - Warganet
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata warganet mengucapkan tahniah. Selain itu, mereka berkata kostum tersebut bukan sahaja menakutkan kanak-kanak malah orang dewasa juga berasa takut.
Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 125.9K views, 3,227K likes serta 393 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @juliaadieq80 (TikTok)
Image via @juliaadieq80 (TikTok)
Image via @juliaadieq80 (TikTok)
Image via @juliaadieq80 (TikTok)
Image via @juliaadieq80 (TikTok)
Image via @juliaadieq80 (TikTok)
Unik juga kalau buat wedding macam ni kan? :D
Image via Giphy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment