Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Peniaga 'Fed Up' Pelanggan Bawa Makanan Dari Luar & Tinggal Sampah Terima Pelbagai Reaksi

Adakah orang yang sama selalu buat macam itu?

Cover image via @padilsanah.86 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesetengah restoran atau kedai makan melarang untuk kita membawa makanan dari luar

Hal ini mungkin atas alasan-alasan tertentu mereka dan kita sebagai pelanggan perlu menghormati peraturan itu.

Malah, membawa makanan dari luar ini juga telah menambahkan pekerja di kedai makan tersebut di mana perlu membersihkan sisa makanan kita, walhal ia bukan makanan daripada kedai mereka.

Situasi itu sama seperti yang dihadapi oleh seorang peniaga yang berkongsi kerenah seorang individu yang membawa makanan luar.

Pelanggan tinggal sampah luar lepas makan

Menerusi video tersebut, seorang peniaga berkongsi perangai seorang pelanggan yang datang  ke kedainya.

Dapat dilihat seorang lelaki datang dan menuju masuk ke warung tersebut dengan membawa makanan di tangannya dan makan bersama seorang lagi individu.

Namun, apa yang membuatkan peniaga sedikit marah dan kecewa adalah pelanggan itu telah meninggalkan sampah makanannya yang dibawa dari luar.

"Bukan apa, kau tengok dah lah bawa makan luar, nampak sampah kerja aku lagi," katanya.

Difahamkan, pelanggan itu sudah seperti beberapa kali buat perkara yang sama di kedainya. 

Image via @padilsanah.86 (TikTok)

Tetapi, videonya itu telah mendapat pelbagai reaksi ramai sehingga ada yang mengecamnya kerana mendakwa dia tidak ikhlas dan seperti menutup periuk nasi sendiri.

Ada juga yang memberitahu sepatutnya pelanggan terbabit harus bersifat tanggungjawab dengan membuang sendiri sampah makanannya itu.

Lihat antara komen-komen netizen di bawah:

Image via @padilsanah.86 (TikTok)

Image via @padilsanah.86 (TikTok)

Image via @padilsanah.86 (TikTok)

Image via @padilsanah.86 (TikTok)

Image via @padilsanah.86 (TikTok)

Image via @padilsanah.86 (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Apa-apa pun kita kalau bawa makan luar janganlah pula tinggalkan sampah macam tu je okay :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment