seismik

[VIDEO] Pemuda Hampir Cedera Terpijak Paku Yang Sengaja 'Ditabur' Di Atas Jalan Raya

Bahayanya!

Cover image via @aaameirrr___ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang ini banyak kes yang membahayakan boleh berlaku di mana-mana sahaja

Apatah lagi jika berseorangan diri. Nak bersenam pun dah tak selamat sekarang. Bukan sahaja kerana ramai penjenayah, tetapi ada juga perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

Baru-baru ini, tular selepas seorang pemuda hampir sahaja memijak paku yang didakwa sengaja 'ditabur' di atas jalan raya semasa dia sedang berjoging.

Paku diletakkan secara tegak di atas jalan raya

Menerusi video tersebut, seorang pemuda telah berkongsi insiden dengki yang telah dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, semasa itu dia sedang berjoging dan tiba-tiba terpijak paku yang berada di atas jalan raya.

Ia menyebabkan paku itu menembusi kasutnya dan terkena sedikit pada bahagian kaki, mujur saja tidak berlaku kecederaan yang teruk.

Apa yang lebih mengejutkannya adalah, dia mendapati beberapa paku telah diletakkan secara tegak di atas jalan raya berkenaan.

Lihat video itu di bawah:

@aaameirrr___

Haritu dah masuk berita,senyap berbulan ii sekali jadi lagi

original sound - aaameirrr___

Bukan satu paku yang diletak, tapi banyak tu. Siapa punya kerjalah ni :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: