Cikgu Menyanyi Lagu 'Keranamu Malaysia' Dalam Bahasa Isyarat Untuk Anak Murid OKU Dipuji
Semangat macam ini yang kita nak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bukan semua orang dilahirkan fizikal yang sempurna di dunia ini
Disebabkan itu, banyak sekolah dan institusi khas ditubuhkan bagi membantu mereka dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) contohnya seperti cacat pendengaran dan bisu.
Malah, di sekolah juga sudah banyak yang menyediakan pembelajaran buat mereka ini. Cikgu adalah insan penting memainkan peranan dalam mendidik anak-anak murid. Tanpa mereka, mungkin kita tidak berjaya seperti sekarang.
Tular baru-baru ini apabila seorang guru berkongsi menyanyi lagu Keranamu Malaysia menggunakan bahasa isyarat telah mencuri tumpuan ramai.
Guna bahasa isyarat semasa lagu Keranamu Malaysia dimainkan
Menerusi video tersebut, kelihatan suasana di sebuah sekolah yang sedang memainkan lagu Keranamu Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2024.
Dapat dilihat dua orang guru iaitu seorang guru perempuan dan seorang guru lelaki sedang menggunakan bahasa isyarat ketika nyanyian lagu Keranamu Malaysia.
Difahamkan, dua orang guru berkenaan merupakan guru yang mengajar murid pendidikan khas di sekolah tersebut. Mereka cuba untuk meraikan kemeriahan sambutan berkenaan bersama anak murid mereka dengan melakukan bahasa isyarat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!