seismik

Owner Tesla 'Kantoi' Guna Elektrik Untuk Cas Kereta Tanpa Melalui Meter Yang Dipasang

Difahamkan perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan kerugian pada pihak TNB.

Cover image via @update11111 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pengguna kereta elektrik, sememangnya memerlukan pengecasan selalu untuk pergerakkan kenderaan

Malah, mereka juga perlu menjangkakan bil bulanan mungkin lebih tinggi dengan pengecasan tersebut oleh kerana ia berkuasa tinggi.

Namun, dalam pada kita sibuk membayar bil elektrik dan mengikut peraturan, ada juga sesetangah individu licik yang sanggup mencuri elektrik demi kesenangan mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah rumah diserbu kerana dilihat telah mengubah suai cara pemasangan untuk pengecasan kereta elektriknya.

Pihak TNB beritahu ia adalah satu kesalahan dan boleh didakwa

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah rumah telah didatangi oleh pihak TNB selepas mereka mendapat aduan mengenai penggunaan elektrik di rumah itu.

Difahamkan, pemilik kereta Tesla tersebut telah didakwa mengubah cara pemasangan untuk pengecasan keretanya agar tidak dikesan penggunaan yang berlebihan daripada pihak TNB.

Menurut pekerja TNB berkenaan pemasangan tanpa melalui meter telah menyebabkan penggunaan tenaga elektrik di rumah terbabit tidak dapat direkodkan. Malah, ia telah menjadi kerugian buat syarikat itu.

"Penyambungan wayar ini (stesen pengecasan) sebelum meter, kira meter ini tak rekod sebarang penggunaan, bila meter tak rekod jadi bil tak akan sampai, ini kira kerugian kepada TNB lah," katanya.

Selepas diberitahu perkara tersebut, pemilik berkenaan dilihat seperti terkejut dan mendakwa ia adalah salah juruteknik yang melakukan pemasangan tersebut.

Susulan daripada itu, pihaknya terpaksa memotong dan membetulkan semula litar elektrik terbabit. Pekerja berkenaan memberitahu ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.

Lihat video itu di bawah:

Macam pelik juga, tak akan juruteknik tak tahu pasal pemasangan wayar ni hmm :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: