seismik

"Tak Peduli Langsung" - Wanita Jadikan Bahagian Muka Telekung Sebagai Kain Dikecam Ramai

Geram pula tengok!

Cover image via Lieza Ghazali (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemakaian telekung sudah sinonim dengan rakyat Malaysia yang beragama Islam

Telekung adalah pakaian yang sering digunakan untuk kita bersembahyang dan menutupi aurat kita.

Kini, kemudahan telekung banyak disediakan seperti di masjid, surau dan tempat hentian rehat. Jadi, adalah elok jika kita sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan ini agar semua boleh memakainya.

Namun, lain pula selepas tular sebuah posting memaparkan seorang individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan telekung yang disediakan.

Ambil bahagian atas telekung untuk dijadikan kain

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya selepas melihat seorang individu yang menyalahguna telekung masjid.

Difahamkan, ketika itu kain telekung tidak mencukupi dan hanya tinggal bahagian muka telekung sahaja untuk dipakai.

Walau bagaimanapun, individu tersebut dengan selamba mengambil dua bahagian muka telekung dan menjadikannya sebahagian lagi sebagai kain telekung.

Perkara itu membuatkan dia terkejut dengan tindakan individu berkenaan.

"Lepas tu dia ambik telekung dua helai. Ingatkan nak bagi kawan dia satu. Duk ingat dia nak pakai telekung dengan seluar & socks.

"Telekung ni bukan sahaja pakaian untuk solat, tapi jugak lambang kesucian, kebersihan dan adab kita depan Allah SWT.

"Tapi tu lah ada yang telah salah guna telekung masjid-tak lipat/gantung, kena mekap/bedak/foundation, letak rata. Siap ada yang ambik bawak balik!.

"Bila benda bukan kita punya, kita guna telekung tu tanpa rasa tanggungjawab. Tak peduli langsung," tulis wanita itu.

Lihat posting itu di bawah:

Tolonglah ada rasa tanggungjawab sikit, orang lain pun nak guna :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: