Individu Pamer Bendera Malaysia Di Flat Singapura Boleh Didenda & Dijel Pihak Berkuasa
Bendera Malaysia dilihat tergantung di luar kawasan perumahan di tingakt bawah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap negara mempunyai undang-undang mereka tersendiri
Jadi, harus diingatkan agar kita lebih berhati-hati ketika melancong ke negara orang dengan mematuhi segala peraturan mereka.
Hal ini untuk menggelakkan daripada berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini di masa depan.
Namun, berbeza di Singapura selepas tular video yang memaparkan bendera Malaysia di kawasan perumahan di situ telah dikecam ramai.
Pemilik kibar bendera Malaysia di flat Singapura boleh didenda dan dijel
Menerusi TikTok @thesgdaily, penghuni blok di kediaman milik Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) telah mempamerkan bendera Malaysia sebaris dengan bendera Singapura yang berada di tingkat bawah.
Namun, sebenarnya perkara berkenaan adalah salah di sisi undang-undang yang terdapat di Singapura.
Menurut MS News, individu yang didapati bersalah boleh didenda sebanyak SG$500 (RM1,681) penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Menurut Akta Lambang Negara Asing 1949, mempamerkan lambang asing, termasuk bendera adalah dilarang sama sekali di Singapura.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu berkenaan yang dianggap tidak menghormati undang-undang negara itu