seismik

Ajak Lee Zii Jia Makan Nasi Lemak Di Rumah, Hairul Azreen Dihadiahkan Raket 'Bronze Medal'

Bestnya dia boleh dapat.

Cover image via @hairulazreen (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, selebriti Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha dilihat telah menjemput pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia untuk datang ke rumahnya

Menerusi laman TikTok Hairul Azreen, dia dilihat merakam momen ketika pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu sedang makan nasi lemak di rumahnya.

Malah, dia juga dilihat sedang memegang bulu tangkis yang bertulis Paris 2024 ketika Lee Zii Jia sedang menjamu selera.

Siap bagi raket ketika beraksi di Olimpik Paris 2024

Apa yang lebih membuatkan Hairul Azreen dan keluarga teruja adalah apabila Lee Zii Jia turut menghadiahkan raketnya ketika beraksi di sukan berprestij berkenaan.

Hairul telah berkongsi momen pemain berkenaan memberikan raket kepadanya menerusi Instagram Stories di akaunnya.

"Ini bronze medalist punya raket, ada dua but one of these confirm!," katanya.

Perkara itu membuatkan Hanis Zalikha juga menjerit kerana begitu teruja dengan pemberian daripada atlet negara tersebut.

Berharga tau raket tu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: