seismik

Kuah Belacan Tertumpah Atas Veil, Reaksi Pengantin Rileks & Tak Gelabah Terima Pujian

Nasib baik dia masih tenang.

Cover image via @senjakala.wedding (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling bermakna dan dinanti-nantikan oleh bakal pengantin

Pada hari inilah anda dan pasangan akan diraikan dalam satu majlis selepas kedua-duanya sah menjadi suami isteri.

Tentu sekali perasaan teruja itu membuak-buak betul tak? Malah, persiapan semua sudah siap lebih awal.

Antara perkara paling penting adalah baju pengantin kerana ia akan membuat anda lebih berseri-seri dengan busana yang menarik.

Namun, lain pula yang terjadi pada seorang pengantin perempuan ini apabila sebekas kuah belacan secara tidak sengaja tertumpah di atas veil miliknya.

Kekal tenang dan tak gelabah walaupun veil sudah kotor

Menerusi video daripada @senjakala.wedding, kelihatan mereka berkongsi detik cemas selepas sebekas kuah belacan tertumpah di atas veil pengantin perempuan.

Disebabkan ia meninggalkan kotoran dan bau, ahli keluarganya mengambil keputusan untuk mencucinya agar bersih.

Mereka dilihat memberus dan selepas itu meletakkan bedak agar lebih efektif pada fabrik tersebut.

Walaupun keadaan menjadi tegang seketika, namun pengantin lelaki berjaya mengawal isterinya yang kelihatan tenang dan hanya mampu tertawa selepas insiden itu.

Lihat antara komen-komen daripada netizen di Instagram:

Ini mesti menjadi antara momen-momen yang tak boleh dilupakan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: