seismik

Sering Dimarah & Dimaki Pelanggan Kerana 'Lambat' Bekerja, Lelaki Ini Pakai Tanda Nama OKU

Bukan senang untuk dia.

Cover image via NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita perlu rasa bersyukur kerana bukan semua orang dilahirkan sempurna di dunia ini

Tambahan lagi bagi Orang Kurang Upaya (OKU) kerana ia pasti sesuatu yang sukar untuk mereka mencari pekerjaan dalam keadaan yang kekurangan.

Begitulah yang dihadapi oleh seorang lelaki selepas dia kerap dimarah dan dimaki hamun malah pernah dipukul pelanggan apabila berlaku silap faham ketika mengambil pesanan.

Pakai tanda nama 'OKU' kerana sering dimarahi pelanggan

Menerusi laporan Harian Metro, insiden itu dialami lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam, Che Mohd Fadil Che Abdul Rahman, 42, sepanjang lapan tahun bekerja di sebuah premis kedai makan di Jalan Dusun Muda.

Disebabkan pelbagai kejadian yang sering terjadi daripada pelanggan tempat dia bekerja, dia terpaksa memakai tanda nama 'Maaf Saya OKU' yang disemat di bajunya.

Namun, katanya sehingga kini masih ada juga insiden yang berlaku di luar kawalan.

"Tugas saya adalah untuk mengambil pesanan dan jika berlaku banyak kekeliruan ketika membuat 'order' atau banyak arahan, saya jadi tertekan.

"Walaupun begitu, ramai juga pelanggan yang bertimbang rasa malah sejak saya memakai tanda nama ini, semakin kurang aduan yang diterima majikan berkenaan saya kerana pelanggan tahu kekurangan saya," katanya.

Difahamkan, sebelum ini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat penghantar barang dan selepas tamat kontrak, dia mencuba nasib di kedai makan itu dan terus diterima.

Katanya, secara luarannya, dia kelihatan normal namun lama-kelamaan majikan mengesan kekurangannya tetapi tidak bertindak membuang kerja sebaliknya terus memberi peluang meneruskan kerja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: