seismik

Uncle Roger Bakal Buka Restoran Miliknya Di Malaysia Dengan Status Halal 11 September Ini

Difahamkan, Uncle Roger juga ingin mencipta rekod Guinness World Records tersendiri pada 14 September.

Cover image via @mrnigelng (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

YouTuber terkenal Mr Nigel Ng atau popular dengan nama Uncle Roger telah mengumumkan bakal membuka restoran pertamanya di Malaysia

Pengumuman ini dibuat menerusi video di akaun media sosialnya. Difahamkan, dia akan membuka restoran pertamannya yang akan berstatus halal itu di Pavilion Kuala Lumpur pada 11 September ini.

Uncle Roger adalah seorang rakyat Malaysia dan kini telah menetap di United Kingdom. Dia yang juga food review dan sering memberi reaksi terhadap cara masakan telah mendapat perhatian ramai sehingga pempengaruh dan chef terkenal di serata dunia.

Minta orang ramai yang akan datang pembukaan kedai untuk tiru cara pemakaiannya

Sempena pembukaan restorannya, Uncle Roger telah meminta orang ramai yang hadir untuk berpakaian sama yang sering dipakainya seperti T-shirt polo berwarna oren, tali pinggang dengan sarung telefon, seluar berwarna hitam dan kasut sneaker berwarna putih pada 14 September nanti.

Permintaan tersebut dibuat kerana dia mahu memecah rekod dunia Guinness World Records mana anda akan melihat individu yang paling ramai menyerupainya.

Bagi yang nak datang jangan lupa pakai pakaian sama macam dia! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: