seismik

Tular Harga Nasi Goreng Naik RM1.50 Selepas Sehari, KPDN Siasat Pihak Restoran

Difahamkan, sepasukan anggota KPDN telah digerakkan ke restoran terlibat.

Cover image via Cookpad (Gambar sekadar hiasan) & EL Ukasyah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mengambil tindakan segera selepas tular nasi goreng sardin naik harga sebanyak RM1.50 dalam masa sehari

Ia mula tular selepas seorang individu berkongsi di Facebook berkongsi dua resit harga yang memaparkan harga nasi goreng sardin yang dibelinya.

Difahamkan, pada awalnya dia hanya memakan nasi goreng sardin itu dengan harga RM7.80 pada 8 Ogos lalu.

Namun, pada keesokkan harinya dia memesan menu yang sama dan mendapati harganya sudah berbeza dan jauh lebih mahal iaitu RM9.30 pada 9 Ogos.

Pihak restoran telah diberi amaran keras untuk kemas kini tanda harga

Menurut sumber, KPDN WPKL dalam satu kenyataannya berkata, berdasarkan maklumat aduan membabitkan hantaran di media sosial sepasukan anggota telah digerakkan ke restoran terlibat pada Khamis.

Dalam kenyataan itu, tindakan berkenaan dibuat susulan dua resit pembelian nasi goreng sardin yang tular setelah dibeli dari sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri.

Pihak berkuasa KPDN telah mengadakan perjumpaan bersama penyelia restoran untuk membantu siasatan mengenai maklumat harga seperti yang dilaporkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Waktu.Ai

"Menerusi pemeriksaan tanda harga pada buku menu di restoran tersebut mendapati harga bagi nasi goreng sardin ialah RM9, manakala caj RM0.30 bagi bungkusan dinyatakan dengan jelas dalam menu untuk makluman pelanggan.

"Manakala untuk pesanan dan makan di restoran, tiada caj lain dikenakan kecuali harga makanan sahaja termasuk tambahan caj SST sebanyak enam peratus," kata kenyataan itu.

Malah, notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat terhadap justifikasi perbezaan harga pada kedua-dua resit tersebut telah diserahkan kepada penyelia restoran untuk tindakan selanjutnya.

Tambah kenyataan itu, pihak restoran telah diberi amaran keras untuk sentiasa mengemas kini tanda harga agar pelanggan tidak keliru, selain sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.

"Pihak restoran memohon maaf atas isu yang berlaku dan bersedia untuk menghubungi pengadu bagi membuat penjelasan atau sebarang perkara yang berbangkit," kata kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: