[VIDEO] Orang Nak Disambut Tak Sudi Datang, Pelanggan Minta Pengusaha Habiskan Kek
Kesian dia, tak nak datang pula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menerima kejutan atau hadiah sememangnya dapat menggembirakan hati kita
Tambahan lagi, kita mendapat kejutan daripada rakan-rakan atau ahli keluarga pada hari lahir kita. Pastinya ia adalah momen yang manis.
Namun, berbeza pula dengan video yang dikongsi di akaun TikTok ini yang telah menyentuh ramai.
Niat nak buat surprise tapi orang tersebut tak mahu datang
Menerusi akaun TikTok @picnicwithus0, mereka berkongsi perbualan WhatsApp yang telah dialami oleh seorang pelanggannya
Difahamkan, pelanggan berkenaan telah menempah pakej dekorasi piknik untuk sambutan hari jadi. Namun, dia kemudian memberitahu agar tidak melakukan dekorasi tersebut.
Menurutnya, orang yang harusnya disambut hari jadi berkenaan tidak sudi hadir. Malah, dia memberitahu agar pengusaha itu memakan kek yang telah dibeli dan menghalalkannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!