"Itu Bukan Saya" - Khairul Aming Dedah Jadi Mangsa Scammer, Manipulasi Suara Guna AI
Berhati-hati, jangan percaya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh yang juga usahawan, Khairul Aming, mendapat perhatian ramai selepas dia memberitahu ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memanipulasi wajah dan suaranya
Perkongsian itu dibuat di laman sosial Khairul Aming selepas dia mengetahui scammer telah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk melakukan penipuan.
Malah, dia memesan kepada orang ramai agar berhati-hati dan jangan mudah tertipu kerana individu dan suara di dalam video itu bukanlah daripadanya.
Khairul Aming berkongsi video berkenaan telah disunting bagi mempromosikan sebuah produk peralatan dapur.
"Fitnah dah makin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai. KA tak jual barang2 selain dari Sambal Nyet dan Dendeng Nyet sahaja."Jual dendeng dengan sambal pun dah penat guys, tolong jangan percaya KA jual gadget ke apa ke," tulisnya.
Sebelum ini dia pernah memberitahu kejadian sama pernah berlaku iaitu wajahnya turut diubah suai melalui perisian komputer, Photoshop.
"Hari itu bermula dengan Photoshop. Sekarang sampai suara aku pun jadi AI," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!