seismik

Imane Khelif Tampil Dengan Wajah Menawan Selepas Kontroversi Jantina Di Olimpik Paris 2024

Cantik rupanya dia.

Cover image via @beauty.code.officiel (Instagram) & Richard Pelham/Getty Images

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas memenangi pingat emas tinju di Olimpik Paris 2024, Imane Khelif dari Algeria sehingga kini terus menjadi bualan ramai yang masih mempersoalkan jantinanya

Terbaru, atlet berkenaan telah berkongsi video di Instagram yang mempamerkan rupanya yang berbeza secara dramatik, membuatkan ramai 'haters' terdiam.

Di dalam video tersebut, kelihatan pada awalnya Imane sedang berlakon menumbuk ke arah kamera.

Namun, selepas beberapa saat berusia 25 tahun itu bertukar dengan personaliti yang berbeza dengan gaya rambut, dan wajah yang sudah di mekap.

Dia kelihatan sangat menawan dan berkeyakinan di dalam video tersebut sambil dilihat tersenyum pada kamera.

Untuk mencapai pingatnya, dia tidak mempunyai masa untuk membuang masa di salon kecantikan atau membeli-belah. Dia tidak pernah merasakan keperluan untuk mematuhi piawaian itu untuk membuktikan kewujudannya.

"Dia boleh menjadi feminin dan elegan apabila dia mahu, dia tidak memerlukan hiasan atau kasut tumit tinggi. Dia hanya memerlukan strategi, kekuatan, dan tumbukan, yang merupakan intipati keperibadiannya," tulis di kapsyen.

Sekali dia mekap, lawa teruk! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: