seismik

Kena Tipu Terang-Terang, Gadis Kecewa Bayar Mahal Tapi Lain Pula Nasi Lemak Yang Diterima

Aduh, ini lain ni.

Cover image via @senpaifa_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia

Nasi lemak kini bukan sahaja boleh didapati pada waktu pagi, malah pada waktu malam juga. Hidangan nasi lemak ini sekali gus akan membuatkan kita kenyang selepas menikmatinya.

Banyak peniaga dan restoran sekarang kita boleh lihat membuka cawangan khas hanya untuk jualan nasi lemak ini. Ditambah pula dengan hidangan sampingan yang anda boleh add on yang disediakan di kedai.

Namun, lain pula yang terjadi selepas seorang gadis kesal dengan hidangan nasi lemak yang diterimanya.

Terkejut lihat hidangan sampingan dalam nasi lemak yang diterima

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi makanan yang dipesannya iaitu nasi lemak bersama chicken tempura.

Tetapi, sesudah sampai makanan tersebut dia merasa terkejut selepas mendapati chicken tempura yang dipesannya itu adalah daging burger biasa.

Situasi berkenaan membuatkan dia kecewa dengan penyediaan makanan daripada kedai terbabit yang berharga RM13.90 untuk hidangan itu.

Memang mengecewakan lah kalau dapat macam ni :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: