Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Penumpang Kongsi Video Detik Cemas Dalam Pesawat JAL Terbakar Akibat Perlanggaran

Difahamkan, kesemua 379 penumpang dan anak kapal berjaya keluar menyelamatkan diri daripada pesawat tersebut.

Cover image via @alto_maple (X) Reuters

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah pesawat Japan Airlines (JAL) terbakar selepas berlanggar dengan sebuah pesawat pengawal pantai di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo

Insiden itu menyebabkan lima daripada enam krew pesawat pengawal pantai tersebut terkorban selepas bertembung dengan pesawat jenis Airbus A350 berkenaan.

Dalam pada itu, tular rakaman oleh penumpang pesawat JAL itu merakamkan detik cemas selepas berlakunya perlanggaran dari dalam pesawat terbabit.

Rakaman dari dalam pesawat itu menunjukkan bagaimana kepulan asap dan cahaya api yang menyala dapat dilihat daripada tingkap pesawat tempat duduk penumpang.

Image via @alto_maple (X)

Image via @alto_maple (X)

"Saya ingatkan saya akan mati" - Penumpang

Menerusi hantaran oleh @alto_maple di laman X itu, dia berkongsi dua video rakaman dari dalam kapal terbang ketika insiden itu berlaku dan sebuah gambar pesawat yang sedang terbakar semasa penumpang sedang keluar daripada pesawat tersebut.

Kapsyen yang ditulis pada hantaran tersebut juga menggambarkan perasaannya apabila dia menyangkakan dia akan mati dalam insiden terbabit.

Sehingga kini, hantaran itu telah meraih 55.6M views, 117K reposts dan 399K likes di platform X.

Image via @alto_maple (X)

Lihat video-video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment