Penunggang Motor Target Kereta Di Jalan Raya, Taktik Baru Penyamun Ini Buat Ramai Risau
Harap semua take note, terutamanya wanita!
Setiap pengguna jalan raya sudah tentu perlu berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya
Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang pemandu berkongsi sebuah klip dashcamnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dua motor di depan tunjuk ke arah tayar kereta seperti ada yang tak kena
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemandu sedang memandu di jalan raya Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila tiba-tiba salah seorang penunggang motosikal di depannya tunjuk ke arah tayarnya. Pemandu itu membiarkan begitu saja kerana takut salah faham, namun datang pula penunggang motosikal yang kedua menunjuk tangannya ke arah yang sama.
Pemandu pun bertindak memberhentikan kereta di bahu jalan namun dirinya bijak kerana tidak terus turun dan menyemak keadaan tayarnya. Dapat dilihat melalui klip dashcam, penunggang motosikal itu mengikuit dan datang ke arahnya seperti memegang sesuatu dan berkata "bang, saya nampak ada haba keluar daripada tayar depan"
Mujurnya, pemandu itu tidak percaya dan teruskan perjalanan tanpa turun sebab takut akan ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mohon pada semua lady driver pasang dashcam kereta anda, demi keselamatan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 165K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @user31458457130402 (TikTok)
Image via @user31458457130402 (TikTok)
Image via @user31458457130402 (TikTok)
Kena sentiasa peka dan hati-hati ya semua, risau!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment