Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Perak Bakal Jadi Negeri Berstatus Menua Di Malaysia - “Paling Ramai Ada Opah & Atuk”

Orang Perak banyak makan ulam kome.

Cover image via Semakan Kini Traveloka

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perak bakal menjadi negeri terawal berstatus negeri menua di Malaysia

Menerusi laporan Bernama, sesebuah kawasan akan mendapat status menua apabila 14 peratus daripada populasinya berada dalam lingkungan umur 65 tahun ke atas.

Perak dilihat bakal mencapai status tersebut menjelang 2030 apabila statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) merekodkan sekitar 14.6 peratus daripada penduduk di negeri itu berumur 60 tahun pada 2023.

Berdasarkan statistik terbabit, dalam masa lima tahun lagi, negeri Perak bakal menunjukkan 18 peratus daripada populasinya adalah berusia 65 tahun ke atas.

Image via Traveloka

Kerajaan Perak komited perkukuh kemudahan untuk warga emas

Melihat kepada status tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata tahap infrastruktur di negeri berkenaan perlu dipertingkat.

"Perlu kita lihat adakah bangunan, pasar awam dan perhentian bas yang telah dibina mengambil kira semua aspek seperti aksesibiliti, keselamatan dan keselesaan warga emas?

"Serta bagaimana pelaksanaan audit boleh membantu mengenal pasti kelemahan dalam kemudahan sedia,"
katanya.

Ng menambah, kerajaan negeri bakal mengambil langkah proaktif menerusi libat urus daripada pelbagai pihak seperti Program Sejahtera Warga Emas Komuniti Mesa Usia, bagi membincangkan persiapan dan strategi yang boleh dilaksanakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment