Perbualan Mak Complaint Pasal Anak Dengan Cikgu Taska Ini Raih Perbualan Ramai
Hm, entah nak cakap apa.
Bagi ibu bapa yang bekerja, sudah tentu akan menghantar anak mereka ke taska
Di taska, ada cikgu yang menjaga anak-anak mereka sebelum ibu bapa menjemput pulang selepas habis waktu bekerja.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter apabila seorang wanita meluahkan rasa kesalnya berkenaan cikgu taska anaknya telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Mak mengadu tangan anaknya penuh dengan contengan marker, tapi cikgu taska pula mencari salah siapa
Menerusi posting itu, wanita itu dilihat mengadu tentang anaknya mempunyai contengan marker di tapak tangan dan kaki.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu mengadu kepada cikgu taska anaknya supaya lebih peka dengan aktiviti anak-anak.
Wanita itu juga akan membekalkan kertas dan pensel warna supaya cikgu melarang anaknya menconteng badan menggunakan marker kerana ia sukar dibersihkan.
Namun, cikgu taska di situ dilihat sangat defensif dan mengatakan pihak taska tak memberikan marker dan mendakwa budak itu yang mengambil marker sendiri.
Situasi ini menyebabkan wanita itu penat dengan layanan cikgu taska yang tidak mahu memberi solusi malah asyik mencari salah siapa dalam kes ini.
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Bagaimanapun, ramai yang memihak kepada cikgu taska itu kerana mereka berpendapat bahawa wanita tersebut agak keterlaluan kerana mengadu di dalam group, boleh saja dia mengadu personal kepada cikgu berkenaan.
Kes itu juga tidak seberat mana iaitu hanya contengan saja bukannya sebarang kecederaan berlaku.
Ketika artikel ini ditulis, posting itu telah meraih sehingga 1.9M views, 1K retweets dan 3K likes di Twitter
Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Ada yang berpihak kepada wanita itu sebagai ibu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Namun begitu, dalam kes ini ada juga sesetengah orang yang tidak bersetuju kepada wanita itu dan berpihak kepada cikgu taska.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Image via @larajacyntha (Twitter)
Apa pendapat korang pula?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment