Perbualan Sekumpulan Rakan India Beritahu Sokong Palestin Ini Tarik Perhatian Ramai
Mereka tahu sejarah.
Dunia masih menyaksikan konflik antara Palestin dan Israel
Sememangnya ini sangat menyedihkan terutama buat saudara Islam kita di sana yang terpaksa melaluinya. Ratusan rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara di hospital Al-Ahli Arab, selasa lalu.
Sudah tentu semua orang mempunyai pendapat masing-masing mengenainya isu ini. Namun, kita sebagai umat Islam haruslah faham tentang sejarah pergolakan ini dan berpihak kepada Palestin.
Tetapi, mungkin ramai tertanya-tanya bagaiman pula dengan rakyat Malaysia yang lain?
Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi terdengar perbualan sekumpulan rakan India mengenai konflik tersebut yang telah mencuri perhatian ramai.
Beritahu mesti berpihak kepada Palestin
Seorang individu di laman X berkongsi situasi semasa dia sedang berada di sebuah kedai makan yang mana ketika itu di sebelah mejanya ada sekumpulan lelaki India.
Mereka sedang menceritakan tentang konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel.
Apa yang lebih membuatkan dia terkejut adalah apabila dia terdengar mereka bercakap "tiada yang betul selain agama Islam, jadi sebab itulah kita perlu menyokong Palestin."
Lihat posting itu di bawah:
Image via @afiqahnasuhaaa (X)
Image via History
"Kaum Indian Malaysian memang lebih hormat islam" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 9,131 repost, 19.7K likes dan 28 comments di X.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di laman X:
Image via @afiqahnasuhaaa (X)
Image via @afiqahnasuhaaa (X)
Image via @afiqahnasuhaaa (X)
Image via @afiqahnasuhaaa (X)
Lihat posting itu di bawah:
Kalau betul dorang cakap macam tu baguslah. Mari kita sama-sama doakan buat rakyat Palestin.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment