Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pernah Tular Kerana Tipu Raih Biasiswa NASA, Azhar Ali Kini Dibuang Dari Felo Perdana

Berani ya tindakan dia.

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama Azhar Ali pernah tular pada tahun 2020 gara-gara lelaki ini menipu rakyat Malaysia memenangi biasiswa NASA

Image via Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Sampaikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah padanya.

Tetapi kali ni, dia telah didapati menipu sekali lagi untuk memasuki Felo Perdana, satu program berprestij di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Beberapa pencapaian didapati palsu

Image via Kementerian Pelaburan, Perdaganyan dan Industri

Melalui laman Instagram Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, beliau kongsikan gambar dan poster mengenai 2 Felo Perdana barunya di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) iaitu Muhammad Azhar Ali dan Gan Yu Jin.

Tetapi, melalui poster itu ada beberapa pencapaiannya didapati palsu. Antara pencapaian yang di ‘claim’ adalah Champion of the WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon, Best Delegate at the Bank Negara Fiscal Policy Summit 2021, dan Microsoft Imagine Cup 2021 Runner-Up.

Melalui pengumuman rasmi Champion of the WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon sebenarnya dimenangi peserta dari Vitenam, China dan Korea Selatan.

Azhar Ali juga ‘claim’ sebagai runner up Microsoft Imagine Cup 2021, tetapi pemenang merupakan peserta dari Kenya malah Malaysia juga tidak disenaraikan sebagai peserta lima teratas.

Menteri KBS, Hannah Yeoh membuangnya secara rasmi pada 13 September 2023

Ekoran pencapaiannya yang mendapat perhatian di media sosial, ia menyebabkan Menteri KBS, Hannah Yeoh membuangnya secara rasmi pada 13 September 2023.

Mereka juga menawarkan Azhar Ali untuk menjalani sesi kaunseling. Kementerian itu turut mengatakan mereka akan membuat siasatan supaya perkara ini tidak akan lagi terjadi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment