Kesian Punya Pasal, Perompak Pulang Semula Wang Lepas Lihat Baki Akaun Mangsa
Ekoran insiden ini, pencuri itu mendapat gelaran 'pencuri mulia'.
Satu insiden aneh, tapi mulia, berlaku di negara China baru-baru ini apabila seorang wanita daripada hampir dirompak, terus tak jadi dirompak
Image via YouTube Blagag!
Kejadian aneh tersebut berlaku di Heyuan, China di mana seorang wanita bernama Li sedang mengeluarkan wang dari mesin ATM sebelum didatangi seorang lelaki yang cuba merompaknya.
Li yang dalam ketakutan terus menyerahkan kesemua wang yang dikeluarkan dari mesin tersebut bernilai RM1,520 kepada perompak berkenaan.
Perompak yang tidak bertopeng itu bagaimanapun kelihatan bersungguh-sungguh ingin melihat baki tersimpan di dalam akaun Li.
Selepas Li menunjukkan baki akaunnya yang tiada wang, lelaki itu segera memulangkan kembali wang Li sebelum meninggalkan bank berkenaan
Rakaman kejadian itu tersebar di China dan perompak tersebut mendapat gelaran ‘pencuri mulia’ dalam kalangan rakyat di sana.
Lihat rakaman insiden tersebut di bawah:
Pencuri ni pula 'claim' dia nak pinjam kejap je motor
Lagi artikel lucu di SAYS Seismik:
Leave a comment